BASIC ICT: PENDAFTARAN EPRASEKOLAH
Aktiviti terkini | 22 April 2024Tempat Aktiviti:
NADI Kampung Chepoh
Ringkasan Aktiviti :
• Latihan pendaftaran eprasekolah ini telah diadakan di NADI Kg Chepoh untuk membantu ibu bapa yang perlu mendaftar anak-anak mereka ke prasekolah bagi Sesi 2025.
• Ibu bapa dapat belajar cara-cara untuk menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di NADI disamping mereka dapat melakukan pendaftaran anak-anak mereka.
Tujuan :
• Dapat membantu komuniti setempat lebih celik IT dan dapat menggunakan kemudahan yang disediakan di NADI.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta.
• Pengenalan NADI dan kemudahan yang terdapat di NADI.
• Staf NADI menerangkan cara-cara melayari laman sesawang eprasekolah dan melakukan pendaftaran.
• Peserta yang hadir cuba membuat pendaftaran sendiri.
Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menggunakan komputer dan internet.
• Merapatkan jurang digital dikalangan komuniti setempat.
Nama VIP :
Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :