KAUNTER FIZIKAL PADU & KWSP @ PEDI KG CHEPOH

Aktiviti terkini | 6 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Chepoh.

Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan dengan kerjasama Kelab ICT, Sekolah Kebangsaan Getang.
• Program ini disertai oleh 13 orang pelajar dan seorang guru pengiring.
• Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengajar pelajar-pelajar Kelab ICT mengenai Microsoft Word dan pelbagai fungsinya.
• Program ini telah berjalan lansung selama tiga jam.

Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan penggunaan komputer dan internet dengan cara yang betul kepada guru dan pelajar SK Getang.
• Selain itu,program ini juga dapat membantu pelajar SK Getang mengenali dan memahami fungsi dan penggunaan Microsoft Word dalam pembelajaran mereka.
• Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan fungsi PEDi kepada pelajar-pelajar SK Getang.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program ICT Camp @PEDi telah bermula seawal jam 9.30 pagi dengan ketibaan pelajar-pelajar SK Getang dan guru pengiring mereka, Cikgu Anis.
• Semua peserta diminta untuk masuk kedalam bilik latihan dan mengabil tempat.
• Program dimulai dengan pengenalan PEDi kepada pelajar oleh staf PEDi Kg Chepoh.
• Staf PEDi meneruskan program dengan memberi pengenalan tentang komputer dan kegunaannya.
• Seterusnya, pelajar-pelajar telah diberi keterangan mengenai Microsoft Word dan juga fungsi-fungsinya.
• Setelah itu, pelajar diminta untuk melakukan latihan yang berkaitan dengan pembelajaran mengenai Microsoft Word.
• Di penghujung program, staf PEDi telah memberikan sijil penghargaan kepada semua pelajar dan sesi bergambar dengan semua yang terlibat.
• Pihak PEDi juga menerima cenderamata daripada pihak Sekolah Kebangsaan Getang

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah pengetahuan pelajar dalam penggunaan computer dan internet dalam kehidupan seharian mereka.
• Peserta lebih terdedah kepada fungsi dan penggunaan Microsoft Word.
• Dapat merapatkan hubungan antara pelajar dan staf PEDi.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :