KAUNTER FIZIKAL PADU & KWSP @ PEDI KG CHEPOH
Aktiviti terkini | 26 & 27 Januari 2024Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Chepoh.
Ringkasan Aktiviti :
• Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Terengganu dan KWSP Kuala Terengganu.
• Program ini bertujuan untuk memudahkan komuniti sekitar membuat pendaftaran dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
• Selain itu juga komuniti mengambil peluang untuk menyemak penyata KWSP dan urusan berkaitan dengan pasukan KWSP.
Tujuan :
• Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang PADU seterusnya menggalakkan komuniti untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat masing-masing.
• Program seperti ini juga memberi peluang dan maklumat tentang caruman KWSP E-Madani daripada kerajaan kepada pencarum yang terpilih.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Program yang diadakan selama dua hari pada 26 dan 27 Januari 2024 dihadiri komuniti sekitar PEDi Kampung Chepoh termasuk penduduk Kampung Mesah, Imam Lapar, Telemong dan Getang .
• Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.
• Tiga orang pegawai dari Jabatan Perangkaan ditugaskan pada hari pertama dan dua orang pegawai ditugaskan pada hari kedua untuk membantu komuniti mendaftar dan mengemaskini maklumat di sistem PADU.
• Bagi pasukan KWSP pula, mereka menawarkan perkhidmatan mendaftar i-Akaun, menyemak penyata KWSP, penamaan waris, maklumat tentang i-Saraan, i-Suri dan E-Madani.
Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan dan memudahkan komuniti untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat di dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dengan bantuan pegawai daripada Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Terengganu.
• Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang sukar atau tinggal berjauhan dari pejabat KWSP.
Nama VIP :
Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :