BASIC ICT: TABLET BURUK

Aktiviti terkini | 15 Julai 2024

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Matang

Ringkasan Aktiviti :
• Latihan ini disediakan kepada pelajar tahap 1 yang terdiri daripada tahun 2 dan tahun 3 SK Matang.
• Latihan ini bermula dengan penerangan oleh petugas NADI yang terlibat.
• Pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh petugas NADI.
• Aktiviti tablet buruk ini bermula dengan petugas NADI menunjukkan gambar kepada seorang pelajar dalam setiap kumpulan.
• Pelajar tersebut perlu melukis di belakang pelajar seterusnya hingga ke pelajar yang terakhir dalam setiap kumpulan.
• Pelajar yang terakhir perlu melukis semula gambar yang betul di tablet menggunakan aplikasi “sketchbook”.
• Semua pelajar memberikan kerjasama yang baik sepanjang latihan dijalankan.

Tujuan :
• Melatih peserta mempelajari pelbagai aktiviti menarik menggunakan aplikasi di tablet.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pembahagian Kumpulan oleh petugas NADI.
• Petugas NADI menerangkan cara melakukan aktiviti tablet buruk.
• Setiap Kumpulan diberikan satu tablet.
• Setiap Kumpulan memilih seorang peserta yang perlu menjadi peserta terawal dan terakhir untuk melukis.
• Peserta terakhir melukis di atas tablet dan menyerahkan gambar tersebut kepada petugas NADI.
• Kumpulan yang mempunyai gambar paling hampir dengan yang asal menjadi pemenang.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mempelajari cara-cara untuk menggunakan pelbagai kemudahan tablet dan aplikasinya.
• Pelajar juga dapat menambah pengetahuan asas mereka mengenai tablet.

Nama VIP :
Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :