BASIC ICT: KENALI DELIMA
Aktiviti terkini | 24 Ogos 2024Tempat Aktiviti:
NADI Kampung Chepoh
Ringkasan Aktiviti :
• DELIMa merupakan pelantar pembelajaran dalam talian yang menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta bahan-bahan rujukan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan guru.
• Latihan ini telah dihadiri oleh penjaga pelajar.
• Peserta menyertai kelas latihan ini untuk mengetahui cara-cara untuk menggunakan sistem yang baru diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
• Kelas latihan ini telah bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
• Aktiviti ini hanya memerlukan peranti dan internet yang stabil untuk digunakan.
Tujuan :
• Mengajar peserta yang hadir untuk mengenali laman sesawang Delima yang diaktifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tujuan memuatnaik buku bacaan pelajar.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti :
• Pendaftaran peserta
• Sesi penerangan mengenai laman sesawang DELIMa oleh staf kepada peserta.
• Peserta mendaftar masuk ke laman sesawang DELIMa menggunakan ID yang telah diberikan oleh guru kelas.
• Peserta memuatnaik maklumat mengenai buku yang telah dibaca.
Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengetahui pelbagai laman sesawang baru yang diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian.
• Peserta juga dapat melatih diri menjadi lebih mahir dalam penggunaan komputer dan internet.
Nama VIP :
Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :